08 September 2008


Beringat…




Aku selalu mengingatkan diri aku supaya berjaga-jaga sebelum membuat trading, itupun kadang-kadang aku terlepas juga dari tidak membuat kesilapan. Kalau nak dikira, kesilapan yang kita buat semasa trading bukanlah besar sangat tetapi kesannya terhadap trading kita boleh melibatkan kerugian yang agak besar juga.



Permainan pasaran hadapan atau futures trading ini bukanlah satu permainan yang mudah kalau nak dibandingkan dengan pelaburan saham yang lain seperti saham amanah. Saham amanah orang mainkan untuk kita manakala pasaran hadapan kita adalah pemainnya. Bayangkan bagaimana pemain-pemain pasaran hadapan telah buat terhadap spekulasi mereka hingga menaikan harga minyak dunia tak tentu hala jadinya.



Planning atau perancangan terhadap trading kita amat mustahak sekali jika kita inginkan permainan yang bersih dan lancar. Analisis pasaran juga perlu untuk memantapkan lagi permainan kita dan yang amat-amat penting sekali dalam permainan ini ialah disiplin, kita kenalah disiplinkan diri kita untuk melaksanakan apa yang telah kita rancangkan.



Kalau kita perhatikan betul-betul, permainan pasaran hadapan ini boleh memberi kita ganjaran yang agak lumayan jika ianya dikendalikan dengan perancangan yang rapi, analisis yang berkesan dan berdisiplin tinggi. Kita tidak payah pergi jauh-jauh untuk mencari duit, dirumah sahajapun dah boleh dapat itu semua dan yang penting sekali  komitmen kita yang tinggi terhadap kerja kita.




                                                               Daytrader



       


                                                         


Powered by Qumana


24 Ogos 2008

Hidup Lagi Aku...


Powered by Qumana



Hidup lagi aku…


Aku kira aku dah malaslah nak berblog, memandangkan masa dan komitmen membuat aku menjadi begitu ‘tight’ sekali. Tetapi, pekerjaan aku masih lagi serupa ia itu seorang ‘Trader’ dan aku sendiri pun memang gian nak menulis walaupun aku tahu tulisan aku ni bukanlah bagus sangat, maka inilah naskhah ku kembali keruangan blog aku setelah sekian lamanya aku tidak ‘bercakap sorang-sorang’.


Keadaan dalam pasaran selalu berubah-ubah, hari ini naik dan besoknya turun, lusanya turun dan tulat seterusnya terus menurun. Begitulah scenario yang kita terpaksa hadapi sebagai seorang pelabur mahupun trader. Ada diantara kawan-kawan ‘remisier’ aku yang dah jarang pergi ke ofis, ya lah keadaan pasaran yang sentiasa tak menentu dan selalu rendah sahaja apa yang kita boleh buat. Seorang lagi kawan ‘remisier’, aku panggil dia  Mr K dan dia suruh aku ‘short’ atau jual sahaja, bukan dalam stoks, tetapi dalam pasaran hadapan FKLI, dan aku setuju pendapatnya dan memang itu lah yang sepatutnya kita buat, kalau rugi distok apa salahnya kita buat untung dalam pasaran hadapan. Dan cara ini juga salah satu cara ‘hedging’ dalam pasaran.


Hedging boleh diertikan sebagai pertahan, dan boleh juga dimaksudkan dengan berjaga-jaga adalah satu cara yang membolehkan kita mempertahankan kedudukan kewangan kita dalam pelaburan. Bagi aku hedging ini boleh dikelasifikasikan sebagai strategi untuk mengelakkan diri dari kerugian disamping meraut keuntungan, dan untuk menggunakan strategi ini kita perlu menggunakan modal yang besar untuk melaksanakannya.


Kalau dalam pasaran hadapan seperti FKLI ini, penggunaan hedging begitu penting sekali bagi mereka yang gemar bermain dengan membuka dua posisi sekali gus ia itu belian dan jualan. Jika harga naik ataupun turun mereka tak kisah asalkan mereka dapat menghidu halatuju pasaran sebenar selepas itu dan mereka akan menggunakan kaedah hedging ini dengan membeli atau menjual balik dengan sekurang-kurangnya dua kali ganda. Penggunaan hedging cara ini betul-betul memerlukan kecekapan menganalisis pasaran dan membuat transaksi, dan jangan lupa menyediakan modal yang secukupnya.


Aku hanya mengingatkan sesiapa sahaja  termasuk diri aku sendiri, bermain saham jenis ini   (pasaran hadapan) dan menggunakan system transaksi jenis ini ia itu hedging risikonya amat tinggi sekali jika tidak dikendalikan dengan betul-betul. Oleh itu, kenallah pelaburan ini betul-betul dan belajarlah selok belok permainan ini dan rasalah sendiri kebagusannya apabila seseorang itu sudah sampai ketahap sepatutnya.




  Daytrader