26 November 2007

Gemuruh Seorang Trader

Aku rasa sesiapa saja yang pernah terlibat dengan permainan saham futures ini tentu pernah rasa gemuruh, gemuruh yang datang secara tiba-tiba seperti datangnya  serangan sakit jantung. Dada akan tiba-tiba berdebar, muka, tapak tangan  akan berpeluh dan  tangan menggigil tak tentu pasal, dicelah-celah itu kalau trader seorang perokok maka berbatang-batanglah rokok akan dihabiskannya.

Keadaan sebegini rupa pernah terjadi kepada aku, aku betul-betul dapat merasakannya,

Jika terjadi kepada anda bagaimana? Nasihat aku, dari apa yang pernah aku buat, aku rileks habis-habisan, sembahyang dan review apa yang yang aku telah buat sebelumnya. Contohnya, bercakap besar pasal market, terlalu optimistik pasal ramalan pasaran, dan tiba-tiba terasa takut akan kerugian. Jika factor takut akan kerugian yang menjadi punca maka sediakan margin yang cukup sebagai jalan penyelesaian.

Sekian,

Daytrader

Ads by AdGenta.com

Powered by Qumana

23 November 2007

Cuba-Cubalah Strategi Ini.

Pasaran Futures Kuala Lumpur Index atau lebih famous lagi dikenali sebagai FKLI tidak banyak memberi perubahan pada trading aku kali ini. Pertama, aku tidak dapat signal atau pun petunjuk yang kuat untuk aku membuat trading.

Kedua, kekuatan kejatuhan pasaran antarabangsa lebih  meyakinkan orang ramai untuk membuat jualan serta-merta dan banyak yang berada ditepi gelanggang sahaja.

Faktor ini menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, apa gunanya berada dalam pasaran jika kita sebagai trader sendiri menjadi tak tentu arah memandangkan fikiran bercampur baur diantara technical dan fundamental, jesteru itu aku juga mengambil keputusan berada ditepi sahaja.

Cerita diatas adalah senario sebenar, seseorang pelabur menghadapi kebuntuan apabila membuat trading tanpa strategi.

Bagi sesetengah orang, keputusan untuk meninggalkan pasaran untuk sementara waktu adalah strategi, sekurang-kurangnya strategi ini dapat memberi ruang kepada otak mereka untuk berfikir dengan lebih jauh lagi tentang pasaran

Strategi memang memainkan peranan yang penting bagi para trader untuk membuat transaksi dengan lebih berkesan. Strategi begitu penting sekali dalam trading jika tidak diatur dengan bijaksana pelaburan kita mudah menemui kegagalan, dan akhirnya menuju kepada kerugian.

Strategi merancang transaksi, taktik melaksanakan strategi.

Sesuatu strategi yang dirancangkan, perlulah dilaksanakan dengan taktik yang berkesan untuk sesuatu trading.

Trading yang tidak berstrategi umpama memancing, mencari dan berjumpa lubuk ikan dengan menggunakan umpan cacing berjorankan buluh.

---------------------------------

-----------------------------------

Panduan berikut mungkin dapat membantu trader merancang dengan lebih teliti 

  .

Peringatan

Jika sudah tahu taktik ini, anggaplah ia sebagai ulangkaji.

*

Cara ini aku gunakan untuk buat trading – daytrading, terutamanya ketika hendak masuk dan keluar market—FKLI.

Aku gunakan: Stochastic Slow % K (14), % D (3)

                          W % R (14)

                           Momentum (12)

                           MACD

                           Parabolic SAR

Kesemua indicator-indicator ini digunakan untuk time frame yang sama.

Time Frame 

1 minit          -- Untuk que harga.

5 minit          -- Untuk que harga       

15 minit        -- Untuk check harga     

30 minit        -- Hala tuju pasaran

60 minit        -- Hala tuju pasaran

Daily             -- Penentuan hala tuju pasaran.

Perlu diingatkan,

* Time frame untuk 30 minit dan 60 minit hendaklah disemak  secara berkala, dikira dari masa menyemak.

* Strategi ini boleh juga digunakan untuk hit & run.

·       Setiap sistem  mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri, gunakanlah ia dengan bijaksana.

Salam hormat.

Ads by AdGenta.com

Daytrader.

Powered by Qumana

19 November 2007

Sedar

Sejak aku berkecimpung dalam permainan saham ini, banyak perkara yang telah aku belajar yang selama ini tak ada orang yang pernah mengajar aku. Aku kenal erti kesabaran, aku kenal erti rajin, aku belajar tentang emosi, kepayahan, relaks dan yang paling utama dan aku sendiri tidak pernah mengmbil indah selama ini tentang satu perkara, ia itu DISIPLIN.

Sebagai seorang trader aku terpaksa patuh kepada disiplin, aku tidak boleh lari dari disiplin, malah disiplinlah telah membentuk aku menjadi seorang yang bertanggung jawab, kepada diri aku, kepada keluarga aku dan kepada pekerjaan aku, sebagai trader.

Namun begitu, aku tak berani nak mengaku yang aku ni berdisiplin sangat hingga 100%, tetapi aku terpaksa akur kepada disiplin jikalau aku nak jadikan permainan saham ini sumber rezeki aku.

Aku perlu merancang, menyusun strategi, menganalisis dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan transaksi dengan tepat jikalau aku tak mahu kecundang dalam permainan ini.

Aku perlu hidup, dan untuk terus hidup aku semestinya mengikut saluran yang betul untuk menjadikan diri aku sebagai seorang trader yang betul-betul profesional.

Daytrader.

Ads by AdGenta.com

Powered by Qumana

17 November 2007

Aku Trade Futures

Ads by AdGenta.com

Aku selalu juga mengingatkan diri aku sendiri -- dalam permainan saham ni tak kiralah pasaran saham mana, lengkapkanlah diri dengan pengetahuan, kalau tak tahu langsung pasal saham jangan cuba-cubalah. Kalau tidak, cari sesiapa yang ada pengalaman dan belajar darinya ataupun masuklah kursus-kursus yang ada dan pulun sungguh-sungguh

Kita bermain dengan wang ringgit, bukannya seronok-seronok, bukan bermain saham kerana nak tunjuk glamour, kita bermain saham semata-mata nak cari duit lebih, nak ubah cara hidup yang lebih selesa. Dan aku pula bermain saham ni untuk mencari makan.

Sebelum nak menceburkan diri, semak kewangan kita dahulu dan kalau mampu teruskanlah, berjinak-jinaklah dengan jenis-jenis saham yang ada dipasaran, pilihlah yang mana sesuai.

Kalau tanya aku saham mana yang elok, aku akan katakan yang aku lebih suka kepada pelaburan yang ‘aggressive ‘seperti bermain shares, pasaran hadapan ( Seperti yang aku main sekarang – Malaysian Stock Index Futures atau FKLI ), Komoditi dan juga Forex—Saham-saham ini aku ibaratkan seperti kita bermain bola, bukan kita menonton orang lain bermain bola…

Bayangkan jika nak jadi pemain bolasepak yang bagus, apa yang harus kita buat, kerja kuat! tak cukup setakat itu saja kita juga kena pintar – Work Hard, Work Smart. Begitu juga dengan pemain saham, kena rajin membuat kajian, buat analisis, tidak boleh relek, sentiasa kena berfikir dan mencari peluang.

Peluang disini tidak seperti peluang ditempat lain, kalau kita duduk didepan screen, kita perhatikan harga-harga saham dan kita akan nampak peluang-peluang yang ada didepan mata kita dan gunakanlah jari-jemari kita untuk meraut peluang dengan bijaksana—cakap memanglah senang tapi bagaimana? Macam-macam cara ada, Cuma mahu dan tak mahu saja.

Bagi aku pula, peluang datang begitu cepat dan pergi pun begitu cepat, orang Kedah kata ‘ Tak dan nak ligan ‘ mau tak mau kena pulun ligan’. Tapi Insyaallah, peluang yang aku dapat tidaklah hilang begitu saja Alhamdullillah.

Permainan saham pasaran hadapan ini tidaklah begitu mudah, ia satu pelaburan yang begitu tinggi risikonya, tapi ganjarannya sangatlah lumayan sekali. Ramai yang telah kecundang dalam permainan ini, ia bukanlah calang-calang pelaburan.ia satu pelaburan yang berbentuk ‘ leverage ‘ia itu satu pelaburan yang tidak melibatkan modal pemain itu seratus peratus.

Contohnya,

Seseorang pelabur mengeluarkan modal pelaburan hanya lebih kurang 10% ke 15% sahaja dari 100% pelaburan asal. Ia berlainan sedikit dari saham stok dimana seseorang pelabur itu perlu mengeluarkan modal 100% untuk pelaburan asal.

Aku lebih selesa bermain dengan pasaran FKLI yang telah pun memberi banyak peluang kepada aku tiap-tiap bulan walaupun aku tak dapat meraih kesemua peluang yang ada.

Kejayaan Selalunya Datang Kepada Mereka Yang MENCARINYA.

Daytrader.

Powered by Qumana

Ads by AdGenta.com

Dilema Seorang Trader

Menjadi seorang pemain saham (trader) sepenuh masa ni tidak boleh lari daripada tension. Tension yang datang tak menentu, selalunya masa tengah trade, hendak pula tolong trade untuk kawan-kawan, adik-beradik, macam-macam perasaan boleh datang. Bukan apa, Cuma takut kalau-kalau kita trade dan rugi macam mana?

Kalau kita takut rugi bila kita nak trade, harapan mereka hanya satu, trade dan dapat untung. Harapan kita pula satu, trade dan tidak rugi. Kesemua trader mempunyai harapan yang sama, trade dan untung.

Mereka sungguh berharap, mereka percaya penuh yang kita ni boleh buat duit untuk mereka, mereka tahu kita ada sistem yang betul-betul boleh memberi keuntungan, tapi mereka tak tahu yang kita ni hidup dalam tekanan, hendak pula mereka dah pasang angan-angan dengan duit keuntungan itu nanti untuk buat itu dan ini, cerita pula angan-angan mereka kepada kita, aduh!

Kadang-kadang tension tu bukannya datang dari associate kita, tapi tension tu datang dari dalam rumah kita sendiri, pandang saja muka anak isteri, hati dah mula rasa semacam. Mereka tidak tahu yang kita membuat pekerjaan yang berisiko tinggi kita bukan berniaga biasa, kita seorang trader, kita membuat pekerjaan yang terdedah kepada kerugian, kita mesti kuat semangat, berdisiplin dan tidak mudah mengaku kalah.

Aku kira bertuah, mempunyai isteri yang begitu memahami aku, dia dapat menyelami hati seorang trader, dia tahu baik dan buruknya mood aku, malah dia juga membantu aku membuat carta-carta analisis,. Kepada isteri ku tersayang terima kasih banyak-banyak.

Kepada trader-trader sekalian, hindarilah diri anda daripada tekanan, jangan biarkan diri anda diselubungi TENSION.

Pesanan

*

Trade apabila hati tenang

*

Jangan trade dalam tekanan

Falsafah

*

Tradelah Dengan Margin Yang Cukup, Air Banyak, Ikan Tak Mati.

Salam hormat,

Daytrader.

marketenthusiast@gmail.com

03 November 2007

Untuk Dikongsi Bersama

Aku lebih suka bercakap sorang-sorang daripada aku mengata orang, tambahan pula kemudahan blog memang tersedia ada dan aku boleh mencurahkan segala perasaan aku di halaman blog ini, lebih baik dan lebih afdal, kurang dosa!!!!

Tidak ada topik indah bagi aku setakat ini selain daripada topik saham dan pelaburan, kerana itulah pekerjaanku. Aku seorang pelabur, punca rezeki aku adalah pelaburan. Susah senang hidup aku adalah pelaburan. Aku dah mangli dengan dunia pelaburan ini, hendak pula aku bermain saham pasaran hadapan FKLI.

Kadang-kadang aku terfikir juga, banyak lagi pakerjaan lain yang ada kenapa ini juga menjadi pilihan aku, tetapi bila aku fikir kembali secara rasional banyak juga manfaatnya menjadi seorang ‘Trader’ seperti aku. Hidup aku bebas, tidak diperintah oleh sesiapa. Aku tidak perlu sesiapa mengongkongi aku, walaupun aku bebas, hidup aku tetap berdisiplin, kerana pemain saham seperti aku memang terpaksa akur kepada disiplin.

Pagi-pagi lagi aku dah terpaksa berdepan dengan komputer aku. Aku akan cari berita-berita mengenai ekonomi dan kewangan. Aku akan buka e-mel-e-mel aku dan periksa berita saham yang aku langgan - berita dari luar negara, bukan setakat itu saja aku juga periksa kot-kot ada berita dari pelanggan aku. Aku membuat analisis teknikal sesi pagi dan kemaskini carta-carta yang ada - sekurang-kurangnya mengambil masa setengah jam.

Bila pasaran dibuka, analisis telah kubuat, keputusan telah kubuat kalau ada signal aku akan telefon broker aku. Aku akan masuk transaksi, kalau tidak ada signal aku duduk di tepi sahaja Biasanya aku menulis dan hantar kepada forum-forum yang aku sertai, masukkan ke dalam blog-blog seperti ini.

Aku juga menyediakan bahan-bahan analisis teknikal kepada kawan-kawan yang berlanggan dengan aku, aku kenakan sedikit yuran kepada mereka. Aku tahu mereka terlalu sibuk nak buat kajian semua, biar aku yang buat, apa salahnya mereka memberi aku upah dan aku memberi perkhidmatan, itulah kerjasama namanya!!

Aku menganggap apa yang aku buat sekarang sebagai satu pekerjaan, bermakna bermula pagi dan habis kerja waktu petang, jika hingga hingga lewat malam aku anggap ia satu kerja tambahan ataupun ‘overtime’.

Di samping menyediakan bahan kajian pelaburan kepada kawan-kawan, aku juga memberi perkhidmatan yang sama kepada sesiapa saja yang memerlukanya tentu sekali aku kenakan bayaran, tetapi tidaklah terlalu mahal malah begitu murah sekali. Sesiapa yang terbaca tulisan aku dalam ruangan ini dan yang mungkin akan terbaca lagi dalam blog yang sama ini akan datang anggaplah ia sebagai satu tulisan biasa saja.

Aku juga akan memberi komen tentang pelaburan terutamanya mengenai pasaran FKLI, kalau ada yang rasa nak ikut terpulanglah kepada individu masing-masing. Aku juga bercadang untuk menjual buku-buku pelaburan melalui ruangan ini dan kalau rasa nak beli suka hati anda semualah.

Sekian,

Selamat Maju Jaya.

Segala pertanyaan boleh hubungi :
market.enthusiast@gmail.com