08 September 2008


Beringat…




Aku selalu mengingatkan diri aku supaya berjaga-jaga sebelum membuat trading, itupun kadang-kadang aku terlepas juga dari tidak membuat kesilapan. Kalau nak dikira, kesilapan yang kita buat semasa trading bukanlah besar sangat tetapi kesannya terhadap trading kita boleh melibatkan kerugian yang agak besar juga.



Permainan pasaran hadapan atau futures trading ini bukanlah satu permainan yang mudah kalau nak dibandingkan dengan pelaburan saham yang lain seperti saham amanah. Saham amanah orang mainkan untuk kita manakala pasaran hadapan kita adalah pemainnya. Bayangkan bagaimana pemain-pemain pasaran hadapan telah buat terhadap spekulasi mereka hingga menaikan harga minyak dunia tak tentu hala jadinya.



Planning atau perancangan terhadap trading kita amat mustahak sekali jika kita inginkan permainan yang bersih dan lancar. Analisis pasaran juga perlu untuk memantapkan lagi permainan kita dan yang amat-amat penting sekali dalam permainan ini ialah disiplin, kita kenalah disiplinkan diri kita untuk melaksanakan apa yang telah kita rancangkan.



Kalau kita perhatikan betul-betul, permainan pasaran hadapan ini boleh memberi kita ganjaran yang agak lumayan jika ianya dikendalikan dengan perancangan yang rapi, analisis yang berkesan dan berdisiplin tinggi. Kita tidak payah pergi jauh-jauh untuk mencari duit, dirumah sahajapun dah boleh dapat itu semua dan yang penting sekali  komitmen kita yang tinggi terhadap kerja kita.




                                                               Daytrader



       


                                                         


Powered by Qumana