08 September 2008


Beringat…




Aku selalu mengingatkan diri aku supaya berjaga-jaga sebelum membuat trading, itupun kadang-kadang aku terlepas juga dari tidak membuat kesilapan. Kalau nak dikira, kesilapan yang kita buat semasa trading bukanlah besar sangat tetapi kesannya terhadap trading kita boleh melibatkan kerugian yang agak besar juga.



Permainan pasaran hadapan atau futures trading ini bukanlah satu permainan yang mudah kalau nak dibandingkan dengan pelaburan saham yang lain seperti saham amanah. Saham amanah orang mainkan untuk kita manakala pasaran hadapan kita adalah pemainnya. Bayangkan bagaimana pemain-pemain pasaran hadapan telah buat terhadap spekulasi mereka hingga menaikan harga minyak dunia tak tentu hala jadinya.



Planning atau perancangan terhadap trading kita amat mustahak sekali jika kita inginkan permainan yang bersih dan lancar. Analisis pasaran juga perlu untuk memantapkan lagi permainan kita dan yang amat-amat penting sekali dalam permainan ini ialah disiplin, kita kenalah disiplinkan diri kita untuk melaksanakan apa yang telah kita rancangkan.



Kalau kita perhatikan betul-betul, permainan pasaran hadapan ini boleh memberi kita ganjaran yang agak lumayan jika ianya dikendalikan dengan perancangan yang rapi, analisis yang berkesan dan berdisiplin tinggi. Kita tidak payah pergi jauh-jauh untuk mencari duit, dirumah sahajapun dah boleh dapat itu semua dan yang penting sekali  komitmen kita yang tinggi terhadap kerja kita.




                                                               Daytrader



       


                                                         


Powered by Qumana


24 Ogos 2008

Hidup Lagi Aku...


Powered by Qumana



Hidup lagi aku…


Aku kira aku dah malaslah nak berblog, memandangkan masa dan komitmen membuat aku menjadi begitu ‘tight’ sekali. Tetapi, pekerjaan aku masih lagi serupa ia itu seorang ‘Trader’ dan aku sendiri pun memang gian nak menulis walaupun aku tahu tulisan aku ni bukanlah bagus sangat, maka inilah naskhah ku kembali keruangan blog aku setelah sekian lamanya aku tidak ‘bercakap sorang-sorang’.


Keadaan dalam pasaran selalu berubah-ubah, hari ini naik dan besoknya turun, lusanya turun dan tulat seterusnya terus menurun. Begitulah scenario yang kita terpaksa hadapi sebagai seorang pelabur mahupun trader. Ada diantara kawan-kawan ‘remisier’ aku yang dah jarang pergi ke ofis, ya lah keadaan pasaran yang sentiasa tak menentu dan selalu rendah sahaja apa yang kita boleh buat. Seorang lagi kawan ‘remisier’, aku panggil dia  Mr K dan dia suruh aku ‘short’ atau jual sahaja, bukan dalam stoks, tetapi dalam pasaran hadapan FKLI, dan aku setuju pendapatnya dan memang itu lah yang sepatutnya kita buat, kalau rugi distok apa salahnya kita buat untung dalam pasaran hadapan. Dan cara ini juga salah satu cara ‘hedging’ dalam pasaran.


Hedging boleh diertikan sebagai pertahan, dan boleh juga dimaksudkan dengan berjaga-jaga adalah satu cara yang membolehkan kita mempertahankan kedudukan kewangan kita dalam pelaburan. Bagi aku hedging ini boleh dikelasifikasikan sebagai strategi untuk mengelakkan diri dari kerugian disamping meraut keuntungan, dan untuk menggunakan strategi ini kita perlu menggunakan modal yang besar untuk melaksanakannya.


Kalau dalam pasaran hadapan seperti FKLI ini, penggunaan hedging begitu penting sekali bagi mereka yang gemar bermain dengan membuka dua posisi sekali gus ia itu belian dan jualan. Jika harga naik ataupun turun mereka tak kisah asalkan mereka dapat menghidu halatuju pasaran sebenar selepas itu dan mereka akan menggunakan kaedah hedging ini dengan membeli atau menjual balik dengan sekurang-kurangnya dua kali ganda. Penggunaan hedging cara ini betul-betul memerlukan kecekapan menganalisis pasaran dan membuat transaksi, dan jangan lupa menyediakan modal yang secukupnya.


Aku hanya mengingatkan sesiapa sahaja  termasuk diri aku sendiri, bermain saham jenis ini   (pasaran hadapan) dan menggunakan system transaksi jenis ini ia itu hedging risikonya amat tinggi sekali jika tidak dikendalikan dengan betul-betul. Oleh itu, kenallah pelaburan ini betul-betul dan belajarlah selok belok permainan ini dan rasalah sendiri kebagusannya apabila seseorang itu sudah sampai ketahap sepatutnya.




  Daytrader



02 Disember 2007

Simpan Ego Dalam Laci



Aku rasa banyak perkara yang perlu aku perbaiki tentang trading aku. Dan aku juga rasa perkara utama yang perlu aku perbaiki ialah ego aku. Aku cuba nak ketepikan ego ni tapi dia dok mai juga – bak kata orang Kedah.



Baru dapat tiga kali trade untung dan mai trade yang keempat dah rugi balek, bukan rugi pasal apa, masa tu aku terlampau ketegag. Sepatutnya aku cut loss saja, tapi lain yang jadi, aku terlalu optimistic sebab signal aku yang sudah-sudah begitu menjadi sekali. Aku tak perasan yang perangai market hari ini gila-gila sedikit, tak macam selalu, volume pun naik mungkin pelabur sudah naik ‘sheh’.Aku terpaksa akur kepada keadaan, keuntungan bukan milik aku hari itu, malah rugi yang aku dapat. Aku sepatutnya rasional bukan mengikut ego aku.



Macam-macam kemunkinan boleh berlaku dalam pasaran, aku tak boleh ubah pasaran, pasaran boleh buat perangaii bila-bila saja, apa yang penting aku perlu ubah cara aku, aku perlu rasional dalam membuat keputusan bukan mengikut ego dan perasaan.



Aku juga perlu sedar, bukan semua signal-signal yang aku ada dapat memberi 100% ketepatan. Aku juga sedar untuk menjadi seorang trader yang baik bukannya senang, perlu banyak belajar dari kesilapan. Kesilapan dalam trading selalunya melibatkan wang. Seseorang trader perlu ada wang atau margin yang cukup untuk membuat transaksi tanpa gangguan emosional.




Daytrader


Ads by AdGenta.comPowered by Qumana

26 November 2007

Gemuruh Seorang Trader


Aku rasa sesiapa saja yang pernah terlibat dengan permainan saham futures ini tentu pernah rasa gemuruh, gemuruh yang datang secara tiba-tiba seperti datangnya  serangan sakit jantung. Dada akan tiba-tiba berdebar, muka, tapak tangan  akan berpeluh dan  tangan menggigil tak tentu pasal, dicelah-celah itu kalau trader seorang perokok maka berbatang-batanglah rokok akan dihabiskannya.



Keadaan sebegini rupa pernah terjadi kepada aku, aku betul-betul dapat merasakannya,



Jika terjadi kepada anda bagaimana? Nasihat aku, dari apa yang pernah aku buat, aku rileks habis-habisan, sembahyang dan review apa yang yang aku telah buat sebelumnya. Contohnya, bercakap besar pasal market, terlalu optimistik pasal ramalan pasaran, dan tiba-tiba terasa takut akan kerugian. Jika factor takut akan kerugian yang menjadi punca maka sediakan margin yang cukup sebagai jalan penyelesaian.



Sekian,


Daytrader




Ads by AdGenta.com


Powered by Qumana


23 November 2007

Cuba-Cubalah Strategi Ini.

Pasaran Futures Kuala Lumpur Index atau lebih famous lagi dikenali sebagai FKLI tidak banyak memberi perubahan pada trading aku kali ini. Pertama, aku tidak dapat signal atau pun petunjuk yang kuat untuk aku membuat trading.


Kedua, kekuatan kejatuhan pasaran antarabangsa lebih  meyakinkan orang ramai untuk membuat jualan serta-merta dan banyak yang berada ditepi gelanggang sahaja.


Faktor ini menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, apa gunanya berada dalam pasaran jika kita sebagai trader sendiri menjadi tak tentu arah memandangkan fikiran bercampur baur diantara technical dan fundamental, jesteru itu aku juga mengambil keputusan berada ditepi sahaja.


Cerita diatas adalah senario sebenar, seseorang pelabur menghadapi kebuntuan apabila membuat trading tanpa strategi.


Bagi sesetengah orang, keputusan untuk meninggalkan pasaran untuk sementara waktu adalah strategi, sekurang-kurangnya strategi ini dapat memberi ruang kepada otak mereka untuk berfikir dengan lebih jauh lagi tentang pasaran


Strategi memang memainkan peranan yang penting bagi para trader untuk membuat transaksi dengan lebih berkesan. Strategi begitu penting sekali dalam trading jika tidak diatur dengan bijaksana pelaburan kita mudah menemui kegagalan, dan akhirnya menuju kepada kerugian.


Strategi merancang transaksi, taktik melaksanakan strategi.


Sesuatu strategi yang dirancangkan, perlulah dilaksanakan dengan taktik yang berkesan untuk sesuatu trading.


Trading yang tidak berstrategi umpama memancing, mencari dan berjumpa lubuk ikan dengan menggunakan umpan cacing berjorankan buluh.


---------------------------------


-----------------------------------


Panduan berikut mungkin dapat membantu trader merancang dengan lebih teliti 


  .


Peringatan


Jika sudah tahu taktik ini, anggaplah ia sebagai ulangkaji.


*


Cara ini aku gunakan untuk buat trading – daytrading, terutamanya ketika hendak masuk dan keluar market—FKLI.


Aku gunakan: Stochastic Slow % K (14), % D (3)


                          W % R (14)


                           Momentum (12)


                           MACD


                           Parabolic SAR


Kesemua indicator-indicator ini digunakan untuk time frame yang sama.


         


Time Frame 


1 minit          -- Untuk que harga.


5 minit          -- Untuk que harga       


15 minit        -- Untuk check harga     


30 minit        -- Hala tuju pasaran


60 minit        -- Hala tuju pasaran


Daily             -- Penentuan hala tuju pasaran.


                        


                                              


Perlu diingatkan,


* Time frame untuk 30 minit dan 60 minit hendaklah disemak  secara berkala, dikira dari masa menyemak.


* Strategi ini boleh juga digunakan untuk hit & run.


·       Setiap sistem  mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri, gunakanlah ia dengan bijaksana.


Salam hormat.


Ads by AdGenta.com


                                                                                                                                     


Daytrader.


Powered by Qumana


19 November 2007

Sedar



Sejak aku berkecimpung dalam permainan saham ini, banyak perkara yang telah aku belajar yang selama ini tak ada orang yang pernah mengajar aku. Aku kenal erti kesabaran, aku kenal erti rajin, aku belajar tentang emosi, kepayahan, relaks dan yang paling utama dan aku sendiri tidak pernah mengmbil indah selama ini tentang satu perkara, ia itu DISIPLIN.

Sebagai seorang trader aku terpaksa patuh kepada disiplin, aku tidak boleh lari dari disiplin, malah disiplinlah telah membentuk aku menjadi seorang yang bertanggung jawab, kepada diri aku, kepada keluarga aku dan kepada pekerjaan aku, sebagai trader.

Namun begitu, aku tak berani nak mengaku yang aku ni berdisiplin sangat hingga 100%, tetapi aku terpaksa akur kepada disiplin jikalau aku nak jadikan permainan saham ini sumber rezeki aku.

Aku perlu merancang, menyusun strategi, menganalisis dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan transaksi dengan tepat jikalau aku tak mahu kecundang dalam permainan ini.

Aku perlu hidup, dan untuk terus hidup aku semestinya mengikut saluran yang betul untuk menjadikan diri aku sebagai seorang trader yang betul-betul profesional.




Daytrader.


Ads by AdGenta.com

Powered by Qumana

17 November 2007

Aku Trade Futures

Ads by AdGenta.com


Aku selalu juga mengingatkan diri aku sendiri -- dalam permainan saham ni tak kiralah pasaran saham mana, lengkapkanlah diri dengan pengetahuan, kalau tak tahu langsung pasal saham jangan cuba-cubalah. Kalau tidak, cari sesiapa yang ada pengalaman dan belajar darinya ataupun masuklah kursus-kursus yang ada dan pulun sungguh-sungguh

Kita bermain dengan wang ringgit, bukannya seronok-seronok, bukan bermain saham kerana nak tunjuk glamour, kita bermain saham semata-mata nak cari duit lebih, nak ubah cara hidup yang lebih selesa. Dan aku pula bermain saham ni untuk mencari makan.

Sebelum nak menceburkan diri, semak kewangan kita dahulu dan kalau mampu teruskanlah, berjinak-jinaklah dengan jenis-jenis saham yang ada dipasaran, pilihlah yang mana sesuai.

Kalau tanya aku saham mana yang elok, aku akan katakan yang aku lebih suka kepada pelaburan yang ‘aggressive ‘seperti bermain shares, pasaran hadapan ( Seperti yang aku main sekarang – Malaysian Stock Index Futures atau FKLI ), Komoditi dan juga Forex—Saham-saham ini aku ibaratkan seperti kita bermain bola, bukan kita menonton orang lain bermain bola…

Bayangkan jika nak jadi pemain bolasepak yang bagus, apa yang harus kita buat, kerja kuat! tak cukup setakat itu saja kita juga kena pintar – Work Hard, Work Smart. Begitu juga dengan pemain saham, kena rajin membuat kajian, buat analisis, tidak boleh relek, sentiasa kena berfikir dan mencari peluang.

Peluang disini tidak seperti peluang ditempat lain, kalau kita duduk didepan screen, kita perhatikan harga-harga saham dan kita akan nampak peluang-peluang yang ada didepan mata kita dan gunakanlah jari-jemari kita untuk meraut peluang dengan bijaksana—cakap memanglah senang tapi bagaimana? Macam-macam cara ada, Cuma mahu dan tak mahu saja.

Bagi aku pula, peluang datang begitu cepat dan pergi pun begitu cepat, orang Kedah kata ‘ Tak dan nak ligan ‘ mau tak mau kena pulun ligan’. Tapi Insyaallah, peluang yang aku dapat tidaklah hilang begitu saja Alhamdullillah.

Permainan saham pasaran hadapan ini tidaklah begitu mudah, ia satu pelaburan yang begitu tinggi risikonya, tapi ganjarannya sangatlah lumayan sekali. Ramai yang telah kecundang dalam permainan ini, ia bukanlah calang-calang pelaburan.ia satu pelaburan yang berbentuk ‘ leverage ‘ia itu satu pelaburan yang tidak melibatkan modal pemain itu seratus peratus.

Contohnya,

Seseorang pelabur mengeluarkan modal pelaburan hanya lebih kurang 10% ke 15% sahaja dari 100% pelaburan asal. Ia berlainan sedikit dari saham stok dimana seseorang pelabur itu perlu mengeluarkan modal 100% untuk pelaburan asal.

Aku lebih selesa bermain dengan pasaran FKLI yang telah pun memberi banyak peluang kepada aku tiap-tiap bulan walaupun aku tak dapat meraih kesemua peluang yang ada.


Kejayaan Selalunya Datang Kepada Mereka Yang MENCARINYA.



Daytrader.



Powered by Qumana