17 November 2007

Aku Trade Futures

Ads by AdGenta.com


Aku selalu juga mengingatkan diri aku sendiri -- dalam permainan saham ni tak kiralah pasaran saham mana, lengkapkanlah diri dengan pengetahuan, kalau tak tahu langsung pasal saham jangan cuba-cubalah. Kalau tidak, cari sesiapa yang ada pengalaman dan belajar darinya ataupun masuklah kursus-kursus yang ada dan pulun sungguh-sungguh

Kita bermain dengan wang ringgit, bukannya seronok-seronok, bukan bermain saham kerana nak tunjuk glamour, kita bermain saham semata-mata nak cari duit lebih, nak ubah cara hidup yang lebih selesa. Dan aku pula bermain saham ni untuk mencari makan.

Sebelum nak menceburkan diri, semak kewangan kita dahulu dan kalau mampu teruskanlah, berjinak-jinaklah dengan jenis-jenis saham yang ada dipasaran, pilihlah yang mana sesuai.

Kalau tanya aku saham mana yang elok, aku akan katakan yang aku lebih suka kepada pelaburan yang ‘aggressive ‘seperti bermain shares, pasaran hadapan ( Seperti yang aku main sekarang – Malaysian Stock Index Futures atau FKLI ), Komoditi dan juga Forex—Saham-saham ini aku ibaratkan seperti kita bermain bola, bukan kita menonton orang lain bermain bola…

Bayangkan jika nak jadi pemain bolasepak yang bagus, apa yang harus kita buat, kerja kuat! tak cukup setakat itu saja kita juga kena pintar – Work Hard, Work Smart. Begitu juga dengan pemain saham, kena rajin membuat kajian, buat analisis, tidak boleh relek, sentiasa kena berfikir dan mencari peluang.

Peluang disini tidak seperti peluang ditempat lain, kalau kita duduk didepan screen, kita perhatikan harga-harga saham dan kita akan nampak peluang-peluang yang ada didepan mata kita dan gunakanlah jari-jemari kita untuk meraut peluang dengan bijaksana—cakap memanglah senang tapi bagaimana? Macam-macam cara ada, Cuma mahu dan tak mahu saja.

Bagi aku pula, peluang datang begitu cepat dan pergi pun begitu cepat, orang Kedah kata ‘ Tak dan nak ligan ‘ mau tak mau kena pulun ligan’. Tapi Insyaallah, peluang yang aku dapat tidaklah hilang begitu saja Alhamdullillah.

Permainan saham pasaran hadapan ini tidaklah begitu mudah, ia satu pelaburan yang begitu tinggi risikonya, tapi ganjarannya sangatlah lumayan sekali. Ramai yang telah kecundang dalam permainan ini, ia bukanlah calang-calang pelaburan.ia satu pelaburan yang berbentuk ‘ leverage ‘ia itu satu pelaburan yang tidak melibatkan modal pemain itu seratus peratus.

Contohnya,

Seseorang pelabur mengeluarkan modal pelaburan hanya lebih kurang 10% ke 15% sahaja dari 100% pelaburan asal. Ia berlainan sedikit dari saham stok dimana seseorang pelabur itu perlu mengeluarkan modal 100% untuk pelaburan asal.

Aku lebih selesa bermain dengan pasaran FKLI yang telah pun memberi banyak peluang kepada aku tiap-tiap bulan walaupun aku tak dapat meraih kesemua peluang yang ada.


Kejayaan Selalunya Datang Kepada Mereka Yang MENCARINYA.



Daytrader.



Powered by Qumana

Tiada ulasan: