03 November 2007

Aku lebih suka bercakap sorang-sorang daripada aku mengata orang, tambahan pula kemudahan blog memang tersedia ada dan aku boleh mencurahkan segala perasaan aku di halaman blog ini, lebih baik dan lebih afdal, kurang dosa!!!!

Tidak ada topik indah bagi aku setakat ini selain daripada topik saham dan pelaburan, kerana itulah pekerjaanku. Aku seorang pelabur, punca rezeki aku adalah pelaburan. Susah senang hidup aku adalah pelaburan. Aku dah mangli dengan dunia pelaburan ini, hendak pula aku bermain saham pasaran hadapan FKLI.

Kadang-kadang aku terfikir juga, banyak lagi pakerjaan lain yang ada kenapa ini juga menjadi pilihan aku, tetapi bila aku fikir kembali secara rasional banyak juga manfaatnya menjadi seorang ‘Trader’ seperti aku. Hidup aku bebas, tidak diperintah oleh sesiapa. Aku tidak perlu sesiapa mengongkongi aku, walaupun aku bebas, hidup aku tetap berdisiplin, kerana pemain saham seperti aku memang terpaksa akur kepada disiplin.

Pagi-pagi lagi aku dah terpaksa berdepan dengan komputer aku. Aku akan cari berita-berita mengenai ekonomi dan kewangan. Aku akan buka e-mel-e-mel aku dan periksa berita saham yang aku langgan - berita dari luar negara, bukan setakat itu saja aku juga periksa kot-kot ada berita dari pelanggan aku. Aku membuat analisis teknikal sesi pagi dan kemaskini carta-carta yang ada - sekurang-kurangnya mengambil masa setengah jam.

Bila pasaran dibuka, analisis telah kubuat, keputusan telah kubuat kalau ada signal aku akan telefon broker aku. Aku akan masuk transaksi, kalau tidak ada signal aku duduk di tepi sahaja Biasanya aku menulis dan hantar kepada forum-forum yang aku sertai, masukkan ke dalam blog-blog seperti ini.

Aku juga menyediakan bahan-bahan analisis teknikal kepada kawan-kawan yang berlanggan dengan aku, aku kenakan sedikit yuran kepada mereka. Aku tahu mereka terlalu sibuk nak buat kajian semua, biar aku yang buat, apa salahnya mereka memberi aku upah dan aku memberi perkhidmatan, itulah kerjasama namanya!!

Aku menganggap apa yang aku buat sekarang sebagai satu pekerjaan, bermakna bermula pagi dan habis kerja waktu petang, jika hingga hingga lewat malam aku anggap ia satu kerja tambahan ataupun ‘overtime’.

Di samping menyediakan bahan kajian pelaburan kepada kawan-kawan, aku juga memberi perkhidmatan yang sama kepada sesiapa saja yang memerlukanya tentu sekali aku kenakan bayaran, tetapi tidaklah terlalu mahal malah begitu murah sekali. Sesiapa yang terbaca tulisan aku dalam ruangan ini dan yang mungkin akan terbaca lagi dalam blog yang sama ini akan datang anggaplah ia sebagai satu tulisan biasa saja.

Aku juga akan memberi komen tentang pelaburan terutamanya mengenai pasaran FKLI, kalau ada yang rasa nak ikut terpulanglah kepada individu masing-masing. Aku juga bercadang untuk menjual buku-buku pelaburan melalui ruangan ini dan kalau rasa nak beli suka hati anda semualah.

Sekian,

Selamat Maju Jaya.


Segala pertanyaan boleh hubungi :
market.enthusiast@gmail.com